PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2017 - perhatian kepada semua guru dan murid terlibat

Ditulis oleh karl8@outlook.my, 0175658106 on . Posted in Pengumuman Terkini

(daripada portal JPN Perak)

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
(up: Ketua Panitia Matematik Tambahan)

Tuan,

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2017

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2017. Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menyediakan soalan tugasan KPMT 2017 bagi seluruh sekolah menengah Negeri Perak.

3.     Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2017 ini adalah:

        3.1   Pelan Tindakan KPMT 2017
        3.2   Garis Panduan KPMT 2017
        3.3   Item Soalan - Tugasan KPMT 2017 (dalam Bahasa Melayu)
        3.4   Item Questions - Add Maths Project Work 2017 (dalam Bahasa Inggeris)
        3.5   Rubrik KPMT 2017 (dalam Bahasa Melayu)
        3.6   Rubric KPMT 2017 (dalam Bahasa Inggeris)
        3.7   Borang Markah Murid KPMT 2017 - Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)

Tugasan dan dokumen di atas boleh dimuat turun melalui senarai ‘attachment’ di bahagian bawah hebahan ini. Mohon kerjasama tuan untuk memastikan Pelan Tindakan KPMT 2017 diteliti dan pelaksanaannya dipatuhi.

4.     Semua murid Tingkatan 5 sekolah tuan yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan SPM 2017 wajib melaksanakan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan berpandukan Pelan Tindakan tersebut dan guru yang terlibat perlu membimbing murid sehingga mencapai markah sekurang-kurangnya Gred D.

5.     Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada En. Zahran bin Zamzuri di talian 05-2414000 sambungan 122 atau 012-5255450.

Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dimaklukan.

En. Zahran bin Zamzuri
Penolong Pengarah Matematik (Menengah)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Perak