PENGESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 3 BAGI TAHUN 2017

Ditulis oleh karl8@outlook.my, 0175658106 on . Posted in Pengumuman Terkini

 (DARIPADA PORTAL JPN PERAK)

Semua Pejabat Pendidikan Daerah,

Semua Pengetua Sekolah Menengah,

Semua Guru Besar Sekolah Rendah,

 

Tuan,

PENGESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 3 BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Kurikulum akan menjalankan pengesanan pelaksanaan Pentaksiran Sekolah bagi tahun 2017. Pengesanan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan pentaksiran sekolah secara berterusan.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik dan kerjasama pihak tuan memaklumkan kepada Guru Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau Setiausaha Peperiksaan mengisi instrumen pengesanan ini secara dalam talian melalui pautan www.bitly.com/bpkps2017 sebelum atau pada 15 Mei 2017.

4.     Bersama ini dilampirkan surat siaran berkaitan untuk tindakan pihak tuan dalam attachment di bawah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Focal Point PS Negeri, Puan Kamariah binti Zainnul Abiddin di talian 05-2414000 (samb. 113) atau Focal Point PS Daerah (Pen. PPD Sains dan Matematik SR/SM).

Sekian, terima Kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

Attachments:
Download this file (surat bpk pengesanan PS.pdf)surat bpk pengesanan PS.pdf [ ] 1060 kB