EMISONLINE : KEMASKINI PERALATAN ICT SEKOLAH

Ditulis oleh Unit ICT JPN Perak on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua/ Guru Besar,

Penolong/ Guru Kanan Pentadbiran dan Guru Data Negeri Perak,

 

Tuan,

Pengumuman portal Modul Pengurusan Sekolah (MPS/ EMISOnline) berkaitan arahan kemaskini data peralatan ICT sekolah dirujuk.

Sehubungan dengan itu semua Penolong/ Guru Kanan Pentadbiran selaku pegawai aset sekolah dengan kerjasama Guru Data hendaklah mengambil tindakan berikut;

1. Kemaskini semua peralatan ICT sekolah dalam menu Peralatan, Portal MPS/ EMISOnline.

2. Muat turun data dan semak menggunakan Utiliti Semak Ralat versi 5.3.4 kemaskini 01 April 2017. Semak dan kemaskini semua data April terlebih dahulu.

3. Klik Menu Cetakan Peralatan ICT - Kegunaan PdP, diikuti cetak, semak dan sahkan data.

4. Satu salinan cetakan yang disahkan hendaklah dihantar ke Unit ICT PPD ( digalakkan scan dan emel dalam bentuk "softcopy") pada atau sebelum 28 April 2017.

Catatan : Sila pastikan semua peralatan ICT yang diluluskan untuk dilupuskan oleh Unit Aset, JPN Perak dihapuskan (delete) datanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan utiliti bolehlah hubungi Penolong PPD ICT/ Penyelia ICT Daerah masing-masing. Sementara pertanyaan berkaitan peralatan ICT sekolah ke Unit Data dan Kajian, BTP di talian 03-2081 8012 / 8088 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak