PEMBUKAAN SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) UNTUK PENGEMASKINIAN DATA AKADEMIK DAN KOKURIKULUM BAGI PEMOHON SEDIA ADA BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP

Ditulis oleh Hjh. Kelthum Bt Abu on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua,

Sekolah-Sekolah  Menengah Daerah Manjung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Susulan dari ketidaktepatan data yang dikenalpasti semasa sesi pemilihan BKP yang telah diaturkan pada 18 April 2017 yang lalu, semakan melalui analisis data yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) pada 20 April 2017 mendapati masih terdapat sebahagian besar maklumat akademik dan ko-kurikulum pemohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) sedia ada di dalam sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) tidak dikemaskini. Keadaan ini menjejaskan jumlah sebenar murid yang layak ditawarkan BKP.

 

Sehubungan itu, tuan/puan di JPN dan BPSBPSK dipohon supaya memaklumkan kepada pihak sekolah supaya mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum  di dalam sistem APB mulai 20 April 2017 (Khamis) hingga 30 April 2017 (Ahad). Pengemaskinian ini melibatkan murid yang telah dikunci masuk pada 1 Februari 2017 hingga 28 Februari 2017 yang lalu sahaja. Kegagalan pihak sekolah melaksanakan perkara ini di dalam tempoh yang ditetapkan adalah dianggap sebagai kecuaian di pihak sekolah. Tuan/puan di JPN dan BPSBPSK juga dipohon menggunakan kaedah yang bersesuaian memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah dengan kadar segera. Tempoh pemilihan penerima BKP oleh pihak JPN/ BPSBPSK akan dimaklumkan kelak.

 

Sekian, terima kasih.

 

AZITA BINTI AB AZIZ

Ketua Penolong Setiausaha (Bt) 3

Cawangan Bantuan

Bahagian Kewangan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-88847465

E : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.