PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI SAINS, MATEMATIK DAN BACAAN (PKLSMB) SEKOLAH MENENGAH

Ditulis oleh karl8@outlook.my, 0175658106 on . Posted in Pengumuman Terkini

(seperti di portal JPN Perak dan surat sedang menyusul ke semua Sekolah Menengah Daerah Manjung)

 

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Perak

(u.p. PK, GK Sains, GK Bahasa, Penyelaras ICT, Guru Jawatankuasa Pelaksana PKLSMB dilantik sekolah)

Tuan,

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI SAINS, MATEMATIK DAN BACAAN (PKLSMB) BERASASKAN KOMPUTER DI BAWAH INISIATIF #20: PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Sukacitanya dimaklumkan bahawa BPK dengan kerjasama LP akan melaksanakan PKLSMB seperti dinyatakan dalam surat siaran KPM.100-3/1/7 Jld.4(70) bertarikh 12 Mei 2017. SPA dengan kerjasama PPD telah melaksanakan Bengkel Kerja PKLSMB kepada Guru Kanan Sains dan Matematik, Guru Kanan Bahasa dan Penyelaras ICT Sekolah.

3.     Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan memastikan PKLSMB I dapat dilaksanakan berpandukan garis masa pelaksanaan PKLSMB I yang disertakan bersama-sama surat ini (attachment). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ahmad Rezaudin bin Hussein di talian 05-2414000 samb. 121 atau 012-5767479.

Sekian, terima kasih.

 

b.p Sektor Pengurusan Akademik