GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2017

Ditulis oleh Noraishah binti Hj Satar on . Posted in Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Semua Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah- sekolah Daerah Manjung

 

Tuan,

 

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Bersama ini disampaikan surat berkaitan perkara di atas untuk tindakan tuan.

3. Berhubung dengan perkara 7, pegawai yang dibekalkan pakaian seragam/uniform seperti Pembantu Opreasi, Pembantu Awam dan Pemandu hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Selaku ketua jabatan tuan hendaklah memastikan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan tuan mematuhi arahan tersebut. Hasil pemerhatian yang dibuat mendapati terdapat segelintir  AKP yang tidak mematuhi arahan walaupun teguran lisan telah dibuat.

 

4. Sila muatturun surat KPM.100-1/8/1 Jld 2 (10) bertarikh 11 Mei 2017 untuk makluman dan panduan

 

Sila klik di sini : https://drive.google.com/open?id=0B-Wvjv6TVTmDU1pHYWtGNVE2YzA 

 

Sekian terima kasih.

 

UNIT PENTADBIRAN

PPD MANJUNG