PBS : Bahan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Daerah Manjung Bil 1/2017 Tahun 2017

Ditulis oleh ABDUL RAHIM BIN OTHMAN on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua Daerah Manjung

Semua Guru Besar Daerah Manjung

 

Tuan,

 

Bahan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  Daerah Manjung Bil 1/2017 Tahun 2017

 

Merujuk kepada perkara di atas, mohon Setiausaha PBS yang hadir dalam Mesyuarat PBS Daerah Manjung Bil 1/2017 Tahun 2017 (22 Mei 2017 dan 14 Jun 2017) untuk menyampaikan maklumat Mesyuarat PBS melalui  Ladap sekolah kepada semua guru guru di sekolah masing-masing terutama berkaitan tajuk “Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)” dan Borang Instrumen PBS yang dikeluarkan oleh JNJK.

 

Sila hantar laporan Taklimat yang dilaksanakan di sekolah  kepada Unit Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan sebelum atau pada 31 Julai 2017 (isnin).

 

Pegawai yang boleh dihubungi ialah En.  Abdul Rahim Othman [Unit Penilaian & Peperiksaan, PPD Manjung (no. telefon 013-5156400)] dan En. Zulkifli Bin Zakaria [Unit Pengurusan Akademik, PPD Manjung (no. telefon 019-5558918)].

 

Bahan Mesyuarat PBS Daerah Manjung Bil 1/2017 Tahun 2017 sila klik DISINI

 

ABDUL RAHIM BIN OTHMAN

PENOLONG PPD PBS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUN

013-5156400