ARAHAN DAFTAR NAMA MURID PROGRAM MOTIVASI AMANJAYA SPM DAERAH MANJUNG TAHUN 2017

Ditulis oleh karl8 Manjung on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua

Sekolah Menengah

Daerah Manjung.

 

Tuan,

 PROGRAM MOTIVASI AMANJAYA SPM DAERAH MANJUNG TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.         

 

2.  Sehubungan dengan itu, sukacitanya murid sekolah tuan dijemput untuk menghadiri program seperti di atas  dengan ketetapan yang berikut:

Tarikh         :          10 Julai 2017 (Isnin)

Slot/ Masa   :           8.00 pagi – 1.30 tgh serentak

Tempat        :          Auditorium SMK Methodist ACS Sitiawan - Kelompok Matematik, Dewan Bestamam SMK Ahmad Boestamam Kelompok Bahasa Inggeris

Peserta       :           200 orang murid  daripada Near Miss Kualiti Bahasa Inggeris SPM/ 100 orang Near Miss Kualiti Matematik

Tajuk           :          Sifat-sifat Pelajar Cemerlang/ Memulih Aura Belajar/ Bengkel Subjek oleh PASCA/ GuruCemerlang

 

3.   Mohon pihak sekolah mengisi nama murid terpilih MENGIKUT KRITERIA yang ditunjukkan di tapak berikut, http://bit.ly/amanjaya2. Perlu isi secara online sahaja selewat-lewatnya 7 Julai 2017 (Jumaat).

 

4.    Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Khalid Bin Ariffin menerusi talian 017-5658106 atau Cik Khairun Nisa binti Kamaruddin menerusi talian 05-6911763.

 

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.