PELAKSANAAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH SEKOLAH KPM NEGERI PERAK 2017.

Ditulis oleh PKG Sitiawan on . Posted in Pengumuman Terkini

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SSQS 2017, melalui surat
KP (BTP-PPSB) 8817 / 3 / 4 Jld 3 (86) bertarikh 24 Mei 2017. Penarafan akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan pautan
http://btp.moe.gov.my/btp/.

Sehubungan itu,satu sesi taklimat kepada Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GICT) / Admin SSQS sekolah daerah Manjung akan dilaksanakan seperti masa dan tempat berikut :

      Tarikh : 20 Julai 2017 (Khamis)
      Masa  : 2.30 petang
      Tempat : Dewan SK Muhammad Saman , Seri Manjung

Kerjasama dari pihak sekolah untuk memberi perlepasan bertugas kepada GPB / GICT dan memastikan mereka menyediakan tugasan kepada murid-murid sebelum hadir ke taklimat ini amatlah dihargai.Maklumat tambahan berkenaan perkara ini boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Sitiawan, En Ahmad Riduan bin Mohamed di talian 05-6919006.

Sekian Terima Kasih