STATISTIK DATA HRMIS TIDAK BERINTEGRITI MENGIKUT ELEMEN

Ditulis oleh Shafie bin Junid on . Posted in Pengumuman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2. Bersama-sama ini dilampirkan Laporan Statistik Data Tidak Berintegriti dalam Sistem HRMIS bagi Jabatan, PPD dan sekolah-sekolah di Negeri Perak sehingga 6 Julai 2017.
 
3. Tuan adalah diminta untuk menyemak dan mengenalpasti Pemilik Data Tidak Berintegriti di bawah seliaan masing-masing (Rujuk nota seperti di lampiran) serta mengambil tindakan pembetulan dan pengemaskinian dalam sistem HRMIS sebelum 18 Ogos 2017 TANPA GAGAL.
 
4. Sekiranya masih terdapat Data Tidak Berintegriti bagi pemilik kompetensi di bawah seliaan tuan selepas tarikh tersebut , tuan selaku Pentadbir HRMIS akan dipanggil ke Unit HRMIS, JPN untuk tindakan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
Unit HRMIS
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Perak
No Tel : 05-5015272/5273/5314/5307
No Faks : 05- 5270592

 

 

MUAT TURUN DATA TIDAK BERINTEGERITI DI SINI