Segera: BENGKEL KERJA PENYELARASAN DATA PKLSMB FASA 1 DAERAH MANJUNG TAHUN 2017

Ditulis oleh KHALID BIN ARIFFIN on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua

Sekolah Menengah

Daerah Manjung.

 

 

Tuan,

 

BENGKEL KERJA PENYELARASAN DATA PKLSMB FASA 1 DAERAH MANJUNG TAHUN 2017

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.     

 

  1. Berhubung dengan perkara di atas, proses penggabungan data PKLSMB Fasa 1 Daerah Manjung didapati mempunyai masalah (halt) hasil daripada kumpulan data ZSS sekolah yang tidak sempurna sebelum boleh diserahkan kepada pihak PADU Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  1. Justeru pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung memerlukan bantuan pihak sekolah untuk membenarkan Ketua Bidang Sains dan Matematik/ Guru Kanan Sains bersama Penyelaras ICT untuk satu bengkel kerja seperti ketentuan berikut:

                 Tarikh        :        11Julai 2017 (Selasa)

Slot/ Masa  :        2.30 ptg – 4.30 ptg

Tempat       :        WARROOM PPD Manjung

Pakaian      :        Kerja

Pengerusi   :        Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah)

 

  1. Peserta bengkel tidak boleh diwakilkan. Mohon peserta bengkel laksanakan semua arahan di lampiran 1 sebelum hadir bagi melicinkan bengkel kerja di atas. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Khalid Bin Ariffin menerusi talian 017-5658106.

 

Sekian dimaklumkan, tindakan segera pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

 

 

Lampiran 1

 

Semua peserta wajib hadir bengkel di atas tanpa gagal dengan memastikan:

 1 Membawa bersama laptop bercas penuh yang berfungsi sempurna lengkap Ms Office 2010 ke atas.

 2 Membawa fail sandaran (backup softcopy) fail zss tersedia sedia jana dan semua fail data murid selesai PKLSMB Fasa 1 sekolah masing-masing dengan  lengkap.

 3 Menyemak fail ZSS sekolah masing-masing yang telah diserahkan kepada PPD di bahagian worksheet “Markah” dan WAJIB mendapatkan maklumat penuh murid yang didapati datanya peribadinya tidak sempurna.

4  Muat turun fail zss versi 2.1 terkini di email Guru Kanan dan telegram Guru Kanan. Mohon buang zss lama yang lapuk (expired).  Jana (Generate) ZSS dengan versi 2.1 dan bawa bersama. Abai arahan no. 4 jika pasti fail ZSS sedia versi 2.1

 5 Sebarang masalah sebelum  hadir mohon hubungi Pen PDP Sains dan Matematik Daerah Manjung ASAP.