KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2018

Ditulis oleh ZURAIDI BIN SAMAD on . Posted in Pengumuman Terkini

Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Manjung.

Tuan,

KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat siaran Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.800-4/1/16 Jld.4 bertarikh 15 Mac 2018 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk(HEM)5128/10/17 Jld.5 adalah berkaitan.

2.     Sukacita dimaklumkan beberapa penambahabikan telah dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan PS1M 2018 yang dikelaurkan dimana pemberian PS1M kepada murid-murid dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut :

          2.1     Murid warganegara Malaysia

          2.2     Murid-murid Tahun 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah

          2.3     Murid-murid yang TIDAK tinggal di asrama yang disediakan oleh kerajaan

          2.4     Murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

          2.5     Murid miskin dan miskin tegar dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional. Pendapatan Isi                               Rumah RM930 sebulan dan perkapitan RM230

          2.6     Semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja

3.     Sehubungan itu, pihak tuan dimohon untuk menyediakan data penerima layak PS1M. Guru Besar hendaklah mengesahkan kutipan data dengan melengkapkan format di Lampiran 1 - PS1M SEKOLAH dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung pada atau sebelum 6 April 2018 (U.P En. Zuraidi bin Samad)

Sekian, Terima kasih.

Attachment :

LAMPIRAN 1 - PS1M 2018