AKTIVITI DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh Mohammad Abadi Bin Ismail on . Posted in Pengumuman Terkini

 Assalamualaikum w.b.t., Salam Perak Excellent & Salam Manjung Tiga Terbaik

Kepada,

Semua Pengetua/ Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Manjung         

Tuan,

AKTIVITI DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah terpilih sebagai tuan rumah bagi mengelolakan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2018. Oleh itu, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dengan kerjasama Hospital Seri Manjung berhasrat untuk mengadakan Aktiviti Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2018 yang akan diadakan seperti ketentuan berikut:

            Tarikh             : 25 April 2018 (Rabu)

            Masa               : 8.30 pagi hingga 1.00 petang

            Tempat           : Dewan Bestari, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Sitiawan, Perak

  1. Sehubungan itu, pihak kami ingin mempelawa guru-guru dan staf sekolah- sekolah Daerah Manjung yang berminat untuk menderma darah agar menyertai aktiviti ini. Bersama-sama ini dilampirkan Surat makluman dan Borang Penyertaan Aktiviti Derma Darah 2018 (SILA KLIK DI SINI) untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
  1. Mohon jasa baik pihak tuan untuk mengembalikan lampiran tersebut terus kepada Jawatankuasa Kecil Aktiviti Derma Darah sebelum atau pada 13 April 2018 di alamat ;

            Guru Besar, SK Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak (melalui serahan terus, melalui pigeon hole SK Sitiawan atau faks : 05-6923754)

 

Kerjasama pihak tuan menjayakan program ini amat kami dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

Daripada,

Jawatankuasa Kecil Aktiviti Derma Darah,

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2018