PELAKSANAAN TINJAUAN KEPERLUAN LATIHAN GURU (TEACHER NEEDS ANALYSIS (TNA)) SECARA BERSEMUKA UNTUK GURU MENGAJAR KELAS DLP DAERAH MANJUNG TAHUN 2018

Ditulis oleh karl8 on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua

Sekolah-sekolah Dual Languange Programme (DLP)

Daerah Manjung.

 

 

Tuan,

 

PELAKSANAAN TINJAUAN KEPERLUAN LATIHAN GURU (TEACHER NEEDS ANALYSIS (TNA)) SECARA BERSEMUKA UNTUK GURU MENGAJAR KELAS DLP DAERAH MANJUNG TAHUN 2018

 

Merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pend.PK (AM)2879/3JLD32(28) bertarikh 5 April 2018.        

 

2   Untuk makluman pihak tuan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah mengaturkan pelaksanaan TNA mengikut jadual yang dilampirkan pada 9 April 2018. Muat turun jadual di sini.

 

3        Sehubungan dengan itu, mohon tuan memastikan semua guru yang mengajar kelas DLP hadir ke pusat-pusat dengan mematuhi timeline jadual TNA tersebut untuk memastikan kelancaran pelaksanaan TNA untuk Daerah Manjung. Kegagalan guru menghadiri tanpa sebab akan diberikan surat tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidkan Malaysia.

 

4        Guru-guru DLP yang sudah memiliki sijil ETEMS adalah dikecualikan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Khalid b. Ariffin, Penolong PPD Sains dan Matematik (Menengah) menerusi talian 017-5658106 atau 05-6911763 sambungan 112.

 

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.