PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGETUA DAERAH MANJUNG- BORANG MAKLUM BALAS CADANGAN TARIKH UNTUK PIHAK PLKN MENGADAKAN PROMOSI PROGRAM LATIHAN KHIDMATNEGARA 2.0 (PLKN) KE SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG TAHUN 2018

Ditulis oleh Mohammad Abadi Bin Ismail on . Posted in Pengumuman Terkini

Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1Malaysia,

 

Kepada,

Semua Pengetua,

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Manjung

 

Tuan,

BORANG MAKLUM BALAS CADANGAN TARIKH UNTUK PIHAK PLKN MENGADAKAN PROMOSI PROGRAM LATIHAN KHIDMATNEGARA 2.0 (PLKN) KE SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG TAHUN 2018

 

Surat dari Kem PLKN Akademi Pimpinan Segari no. ruj. KP/KAKS (P.SEK)(T) 17/847/023/600-1/10 (47) adalah dirujuk.

Pada mesyuarat Koordinasi Pengambilan Pelatih Negeri Perak yang telah diadakan di Kem PLKN Desa Rimba telah mencadangkan beberapa program yang perlu dilaksanakan oleh PLKN bagi menarik minat pelajar untuk menyertai PLKN 2.0.

Sehubungan itu, dipohon jasa baik pihak tuan untuk mencadangkan tarikh yang bersesuaian untuk pihak Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari dan Kem PLKN Teluk Rubiah mengadakan Program Promosi ke Sekolah-sekolah Menengah di Daerah Manjung.

 

SILA KLIK DI SINI untuk memuat turun borang maklum balas tersebut

Sila lengkapkan butiran serta kembalikan borang maklumbalas ini melalui e-mel ke alamat berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau  faks ke 05-6778125 Sebelum atau pada 20 April 2018

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan pihak Kem PLKN Akademi Kepimpinan Segari (Puan. Salina) menerusi talian  05-6778057 atau 012-6551324. Terima kasih.