PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2019

Ditulis oleh AHMAD HASSAN BIN NURI on . Posted in Pengumuman Terkini

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2019

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. Surat daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-1/1/8 Jld. (   ) bertarikh 3 April 2018 untuk adalah berkaitan.

2.   Dimaklumkan bahawa BKK KPM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengaktifkan sistem permohonan secara ONLINE (e-SSeM) ke Tingkatan Satu, Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2019. Permohonan secara online melalui pautan laman web KPM www.moe.gov.my atau essem.moe.gov.my ini dibuka mulai 16 April 2018 hingga 15 September 2018.

3.   Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menyebarluas serta mempergiatkan hebahan dan promosi di sekolah masing-masing berkenaan dengan kemasukan murid ke SSeM.

SILA KLIK ATTACHMENTS UNTUK MUAT TURUN SURAT

4.   Sebarang pertanyaan, hubungi pegawai BKK KPM, Puan Zuraini binti Abu Hassan di talian 03 8872 1620

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM"

UNIT KOKURIKULUM,
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JPN PERAK

Attachments:
Download this file (20180411124127659_0001.pdf)20180411124127659_0001.pdf [ ] 65 kB