PT3 : PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN UJIAN BERTULIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2018

Ditulis oleh ABDUL RAHIM BIN OTHMAN on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN UJIAN BERTULIS 
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2018

Berhubung perkara di atas surat Lembaga Peperiksaan (LP) KP.LP.005.08.04.09.Jld.02 (46) bertarikh 16 Mac 2018 adalah berkaitan.

2.     Dimaklumkan bahawa LP telah meluluskan cadangan pindaan tarikh pelaksanaan Ujian Bertulis PT3 Tahun 2018 bagi menjamin kebolehpercayaan skor yang tinggi dan ketekalan dalam penskoran. Ini berdasarkan tempoh masa yang mencukupi bagi pentaksir mata pelajaran (PMP) melaksanakan penskoran skrip jawapan calon (SJC).

3.     Sehubungan itu, LP telah membuat pindaan pada Jadual Waktu PT3 Tahun 2018 dan Jadual Kerja Ujian Bertulis PT3 Tahun 2018.

4.     Bersama-sama ini disertakan Lampiran 1: Jadual Waktu PT3 Tahun 2018 Pindaan 1/2018, Lampiran 2: Jadual Kerja PT3 Tahun 2018 Pindaan 1/2018 dan Lampiran 3: Jadual Kerja Pengurusan Penyemakan Semula Keputusan PT3 Tahun 2018 untuk perhatian dan tindakan tuan. Dokumen berkenaan akan dimuat naik di Portal Rasmi LP pada 3 Mei 2018.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan